BENARKAH BAJA SAWIT 1POKOK 1SUDU BERKESAN TERHADAP KELAPA SAWIT?

Sejauh mana akan keberkesanannya?

Sejak akhir-akhir ini kita disajikan dengan kedatangan baja kelapa sawit yang berkonsepkan sudu-sudu. Ia didatangan dalam tong seperti tong cat. Hadir samada beratnya 5 kilogram atau ada juga yang 10 kilogram

Dulu kita biasa membaja kelapa sawit dengan baja beg besar 50 kilogram. Rata-rata mengenai baja beg besar ini baja kimia. Baja ini diperkenal dari dahulu lagi bersama-sama kemasukkan dan pengenalan kelapa sawit untuk industri di Malaysia.

Kemudian kita diperkenalkan baja cecair untuk kelapa sawit. Umumnya baja cecair kelapa sawit ini ada yang dari kimia sintetik, kimia organik dan ada juga yang memperkenalan berasaskan micro-organisme (e.m).

Dalam industri kelapa sawit baja yang berasaskan cecair ini diterima dengan baik sehingga ke hari ini. Pengusaha dari Sabah dan Sarawak agak tinggi permintaan baja cecair ini.

Penggunaan baja cecair untuk kelapa sawit ini memudahkan pembajaan kelapa sawit, hasilnya juga mampu menyamai penghasilan seperti baja beg 50 kilogram.

kemudian di suatu era, baja organik diperkenal untuk pasaran baja bagi industri kelapa sawit.

Baja organik ini dari segi geo-politiknya untuk menempatkan sisa-sisa organisma besar dan kecil agar terlepas bebas tanpa hala tuju. 

Baja organik ini biasanya terhasil samada dari sisa tinja ternakkan atau sisa makanan manusia atau reputan dari bahan tumbuhan.

Ia dihasilkan melalui proses pembakaran tertutup atau melalui proses pemerapan dan penapaian.

Baja organik mempunyai sumber Karbon (C) yang sangat penting tanaman terutamanya kelapa sawit untuk membuat makanan (minyak/lipid)

Bagi baja jenis organik untuk lebih efektif ia harus dicampurkan dengan baja-baja lain yang tinggi peratusan N.P.K nya. Ia samada baja mineral (galian) atau kimia sintetik.

Baja organik yang telah ditambah baik ini juga dapat diterima untuk industri kelapa sawit.

Baja organik ini selain dapat meningkatkan hasil kelapa sawit, ia juga dapat menjaga kesuburan tanah. Lagi ia mengurangkan mampu mengurangkan kadar radangan dan kekeringan pada tanah. Baja organik juga dapat memberi persekitaran yang baik bagi organisma kecil yang hidup di tanah.

 

Kemudiannya kini kita diperkenalkan dengan baja 1pokok 1sudu untuk industri kelapa sawit.

Sejarah baja 1pokok 1sudu mula diperkenalkan untuk industri kelapa sawit bermula pada tahun 2006.

Pada masa itu di era zaman Zeolite atau dikenali juga sebagai baja gunung berapi memasukki pasaran industri kelapa sawit.

Penggunaan Zeolite terhadap kelapa sawit dapat meningkatkan pencapaian hasil kelapa sawit yang agak memuaskan. Zeolite dapat diharap beatas kelapa sawit.

Dibalik penggunaan Zeolite berterusan oleh pengusaha kelapa sawit mengakibatkan kekurangan unsur Nitrogen, Fosforus dan Kalium (N.P.K) kepada kelapa sawit.

Zeolite tinggi kandungan silika. Penggunaan Zeolite berterusan mengakibatkan pelepah dan tandan kelapa sawit menjadi keras. 

Tinggi silika ini baik bagi pokok kelapa sawit yang dijangkiti ganoderma yang mereputkan pokok kelapa sawit. Silika mengeraskan pokok kelapa sawit, jadi setidak tidaknya ia dapat memanjangkan sedikit hayat pokok kelapa sawit sebelum patah dan menyembah bumi.

Namun dari satu sudut lain, ia menyukarkan kerja-kejra memetik buah kelapa sawit.

Jadi, bagi menampung kekurangan N.P.K pada zeolite, baja kelapa sawit 1pokok 1sudu diperkenalkan.

Baja Potent melalui satu kajiannya di Kuala Selangor telah membuktikan keberhasilan terhadap kelapa sawit.

Begitu juga dengan Anugerah Alam, dengan baja Ben Smart-nya, Mavabest dengan Baja cap Seladang telah sama-sama membuktikan keberhasilan baja konsep begini ke atas kelapa sawit.

Setelah terbukti keberkesanan baja ini, kini telah muncul banyak syarikat-syarikat baja turut serta untuk memasarkan baja 1pokok 1sudu ini untuk pasaran kelapa sawit.

Baja ini mendapat permintaan yang baik untuk industri kelapa sawit.

Mendapat permintaan yang tinggi untuk industri kelapa sawit

Selain ia dapat memenuhi keperluan kelapa sawit, baja 1pokok 1sudu ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pengusahan kelapa sawit.

Antara faktor ia diterima adalah :

Ia senang dibajakan

Bagi mereka yang agak berusia, baja ini memang memudahkan. Mereka tidak lagi perlukan tenaga yang banyak untuk membaja. Mereka mampu membaja untuk 2 ekar kurang dari 1 jam. Banyak masa, tenaga dan upaya dapat dijimatkan.

keberkesanannya

Selain ia senang dibajakan keatas kelapa sawit, keberkesanannya telah terbukti. Hasil kelapa sawit mampu menyamai hasil seperti mereka yang menggunakan baja kelapa sawit 50 kilogram

Jimat kos

Dari segi kadar kos banding, ia antara baja yang menjimatkan. Kos efektif. Perbandingan harga yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan baja-baja kelapa sawit yang lain seperti baja cecair maupun baja kelapa sawit beg 50 kilogram.

Di zaman kemelesetan ekonomi sekarang ini, baja jenis 1pokok 1sudu ini sangat sesuai untuk kelapa sawit. Banyak duit dapat dijimatkan.